Sunday, May 27, 2012

Konvoi Motosikal ; Anak Muda sedia bersama Radzi


Sungai Rapat- 27 Mei 2012
Seramai 80 anak muda kawasan DUN Sungai Rapat telah menyertai Konvoi Bermotosikal Anak Muda PAS Sungai Rapat anjuran Dewan Pemuda PAS Gopeng dengan kerjasama Dewan Pemuda Ipoh Timur dan Batu Gajah.
Program yang bermula di Pejabat PAS Kawasan Gopeng Taman Soon Choon pada 8 pagi telah memulakan konvoi ke Pasar Tani Medan Gopeng untuk edaran risalah penerangan dan agenda santuni rakyat. Kebiasaannya saudara Radzi Zainon akan bersama anggota Pusat Khidmat Masyarakat yang terdiri di kalangan belia  dan golongan veteran, hari ini beliau hadir dengan diiringi oleh 80 anak muda dan remaja yang mula didedahkan dengan aktiviti santuni rakyat.
Edaran risalah diteruskan di Pengkalan Barat dan seterusnya konvoi telah bergerak ke Pasar Batu Gajah pula. Konvoi di Batu Gajah dimeriahkan dengan kehadiran pemuda PAS Batu Gajah yang sedia menanti di situ untuk edaran risalah di Pasar Pagi Batu Gajah. 
Pemuda Batu Gajah telah mengiringi Radzi Zainon untuk bertemu beberapa keluarga di Kampong Pisang yang memerlukan bantuan. Selepas ucapan ringkas daripada saudara Radzi yang juga bakal calon PAS di DUN Sungai Rapat, kumpulan konvoi dihiburkan pula dengan persembahan rakyat daripada kumpula kesenian tempatan. Konvoi yang berpakaian T-Shirt petugas PAS bercorak imej wajah Radzi ini berjaya menampilkan syiar kepada penduduk tempatan dan memberi petanda  bahawa anak muda Sungai Rapat sanggup membantu PAS dan Pakatan Rakyat walaupun tanpa sebarang upah. 
“ Walaupun tanpa upah dan tanpa T-shirt percuma, malah semua yang hadir ini membeli sendiri baju yang mereka pakai pagi ini menunjukkan isyarat jelas bahawa anak muda bukan objek atau komiditi yang boleh dibeli dengan upah dan laba duniawi. Inilah sikap anak muda yang sejati serta menjadi tanggungjawab PAS untuk mencungkil jiwa ashabul Kahfi di kalangan remaja Sungai Rapat”, jelas Radzi semasa ditemubual oleh Unit Media Sungai Rapat.
Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Media Sungai Rapat

Sunday, May 20, 2012

Kenyataan Media 20 Mei 2012 Dalil-dalil lemahnya BN Gopeng



Kenyataan Media 20 Mei 2012
Dalil-dalil lemahnya BN Gopeng
UMNO Gopeng kelihatan terdesak untuk meraih sokongan kaum melayu walaupun terpaksa melanggar polisi kempen 1 malaysia dengan membawa idea-idea perkauman dalam setiap ceramah bersiri mereka hari ini.


Sebagai contoh dalam siri Ceramah Nizar Pembohong Bersiri di kawasan Parlimen Gopeng dan DUN Sg Rapat khususnya, mereka tidak dapat lari daripada memperlekeh kaum Cina semasa mereka mengaitkan Nizar sebagai  boneka DAP. UMNO sedari dulu tidak pernah meletak imej DAP sebagai parti multiracial berkelai-kali mengingatkan ancaman Cina memperguna melayu apabila PAS berkawan rapat dengan DAP. UMNO Gopeng terlupa bahawa setiap patah isi ceramah mereka turut sampai ke telinga-telinga kaum Cina di kawasan itu.
Lebih malang mereka kelihatan seperti kanak-kanak kecil. Mendirikan khemah di mana sahaja adanya ceramah Pakatan Rakyat. Jika khemah diubah mereka juga akan mengerahkan anak muda UMNO mengubah khemah untuk berceramah disebelah tapak ceramah Pakatan Rakyat.
Adakah UMNO telah sedar bahawa ceramah merupakan metod paling ampuh member penerangan? Adakah mereka mulai curiga dengan keberkesanan propaganda melalui media massa yang mereka kuasai? Jawapannya tidak!
Mereka langsung tidak optimis dan percaya ceramah umum dapat mengubah persepsi rakyat teerhadap UMNO. Mereka hanya ingin mengganggu ceramah Pakatan Rakyat. Buktinya?
Pertama, mereka langsung tidak kisah penduduk tempatan yang mungkin tidak hadir (atau peratusan kehadiran yang kecil) ke ceramah mereka. Lantaran itu mereka sanggup berceramah di hadapan pengikut mereka tegar mereka yang diangkut dengan bas-bas persiaran dan semestinya makcik-makcik berkenaan bukan penduduk tempatan. Ini menunjukkan polisi mereka adalah ‘janji ada orang depan pentas’ tanpa mengira keberkesanan ceramah. Tidak seperti KPI ceramah Pakatan Rakyat yang menitik berat kehadiran penduduk tempatan. Jelas UMNO hanya ingin mengganggu ceramah pihak lain.
Kedua, speker yang mereka pasang dihalakan kearah tapak ceramah Pakatan Rakyat.  Bukankah kelihatan bodoh jika berceramah di hadapan audien tetapi spekernya dihalakan ke satu hala tertentu sahaja?
Ketiga, dalam isi ceramah UMNO, si penceramah akan berucap seolah-olah mencabar dan menyindiri penceramah Pakatan Rakyat disebelah. Jika benar berceramah mereka patut bersedia bercakap dengan hadirin di hadapa sahaja bukannya bercakap dengan audien di ceramah sebelah!
Lebih melucukan UMNO adalah parti yang paling penakut untuk berdebat tetapi cukup garang dalam majlis ceramah mereka sahaja.
Pada pandangan kami jentera Pilihanraya PAS Gopeng, Barisan Nasional sudah tidak memberi erti bagi rakyat Gopeng. Buktinya, BN hanya terdiri daripada UNIO sahaja di Gopeng. Tiada aura atau bahang dari MCA dan MIC.
UMNO Gopeng memang gentar hari ini kerana mereka terpaksa berhadapan dengan kombinasi PAS, PKR di Gopeng berbanding mereka yang hanya mampu mengadakan ceramah UMNO sahaja dengan tema perkauman. Lebih memeningkan mereka, sahabat-sahabat DAP daripada Batu Gajah dan Ipoh Timur juga kerap bertandang ke Parlimen Gopeng untuk memberi peneranagn kepada rakyat.
Jika benar BN itu hebat, sila adakan ceramah BN yang sejati. Di mana MCA dan MIC anda jika benar anda memerintah negara ini dengan kerjasama 3 kaum utama? Di mana elemen 1 Malaysia yang Presiden anda kumandangkan?
Jelas UMNO Gopeng yang ditunjangi oleh YB hamidah Osman  tidak akan mampu menjawab persoalan ini kerana UMNO Gopeng kini kian tenat, resah dan nyanyuk untuk menhadapati kemaraan gelombang perubahan fikrah dan tekad pengundi bagi Pilihanraya UMUM- ke13 akan datang.
Radzi Zainon
Timbalan YDP PAS Kawasan Gopeng, merangkap Penyelia Pusat Khidmat DUN Sg Rapat

Thursday, May 17, 2012

Kazim Elias tampil sikap sebenar di Sri Rahmat



Kazim Elias tampil sikap sebenar di Sri Rahmat
Rakyat  Kampung Sri Rahmat berasa kesal dan sedih apabila ceramah UMNO diadakan di Surau Kampung Tersusun Seri Rahmat (Berhampiran Kelab Golf Clearwater) pada 16 Mei 2012.
Menurut keluhan beberapa jemaah surau berkenaan mereka berasa terkejut dan kesal kerana penganjuran ceramah oleh JASA dan pemuda UMNO bahagian Gopeng itu tidak mendapat persetujuan daripada ajk surau berkenaan untuk diadakan ceramah politik.
Walaupun tajuk ceramah yang diadakan dihebahkan bertajuk  bicara Agama bertajuk Tidak Amankah Malaysia?, hakikatnya penceramah yang dijemput pada malam itu iaitu Ustaz Kazim Elias telah menggunakan peluang berceramah di atas pentas Pemuda UMNO untuk menceritakan kekesalannya berada dalam PAS sebelum ini. Malah cerita-cerita picisan kononnya beliau dipinggir oleh ajk surau PAS yang dikumandangkan dalam ceramah beliau itu jelas menampilkan isi hati beliau sebenarnya yang sebernarnya telah lama menyebelahi UMNO.
Menurut Radzi Zainon selaku Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat (PAS) DUN Sg Rapat beliau telah menerima banyak keluhan rakyat Sri Rahmat malah yang lebih memalukan sikap Ustaz Kazim sendiri yang sanggup menyatakan bahawa beliau bukan menyokong UMNO semasa berceramah bersama Ustaz Azhar Idrus di Manjoi beberapa bulan yang lalu dan ia merupakan suatu pembohongan. Sikap sebegini tidak cocok ditonjolkan oleh seorang yang bergelar Al hafiz. 
Bekas Ketua kampong Sri Rahmat semasa pemerintahan Pakatan Rakyat Che Ahmad Osman menyelar penyokong UMNO Sri Rahmat yang sanggup membenarkan Pemuda UMNO Gopeng untuk memanipulasikan tajuk ceramah agama untuk memancing hadirin sebaliknya mereka menampilkan penceramah yang sebenarnya memang menyokong UMNO secara terbuka. Beliau juga berkata sikap Ustaz Kazim jelas akan menghilangkan penyokong ceramah-ceramah beliau memandangkan ahli PAS lah yang sebenarnya memberi sokongan dan menaikkan ceramah beliau selama ini.
Muhammad Nuruddin Bashah
Media Sungai Rapat

Wednesday, May 9, 2012

KENYATAAN MEDIA TUAN IBRAHIM: PAS Akan Saman Rahim Noor Dan NST

KENYATAAN MEDIA 

PAS Akan Saman Rahim Noor Dan NST


PAS  mengecam keras kenyataan tidak beradab dan melampau yang dikeluarkan oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor terhadap Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tuduhan yang dikeluarkan oleh beliau sangat kurang ajar dan melampau batas. Sehubungan itu, PAS Pusat menggesa agar beliau memohon maaf secara terbuka dan menarik balik tuduhan yang dikeluarkan itu kerana ianya tidak berasas dan fitnah semata-mata.

PAS turut akan mempertimbangkan saman terhadap akhbar NST yang sanggup menyiarkan berita fitnah tersebut tanpa usul-periksa. Melaporkan kenyataan Rahim Noor telah merosakkan lagi imej NST yang baru-baru ini tercalar teruk kerana memutar-belitkan kata-kata senator Australia Nick Xenophon berdasarkan kata-kata ahli parlimen yang tidak berwibawa.

Latar belakang dan kisah silam Rahim Noor sudah diketahui umum dan sepatutnya sebagai suratkhabar yang berwibawa, penyelidikan dan semakan terhadap kata-kata beliau perlu dilakukan sebelum dipaparkan terutamanya yang berbentuk fitnah sebegini.

Jika fitnah terang-terang yang bersifat sampah sedemikian boleh dinilai sebagai berharga untuk digunakan sebagai berita utama, apakah nilai kualiti yang ada pada media milik kerajaan?

PAS mengingatkan bahawa menuduh seseorang individu sebagai kafir merupakan tuduhan paling berat dalam persoalan aqidah. 

Harus difahami bahawa tuduhan terhadap peribadi tidak sama dengan menuduh kumpulan. Tambahan pula kalau dalam kumpulan tersebut, memang terdapat ahlinya yang terdiri dari kalangan orang kafir.

Maka kaedah feqah jelas menyebut : "Sesiapa yang mengkafirkan orang mukmin, maka tuduhan kafir itu kembali kepadanya.”

PAS tidak pernah membuat sebarang tuduhan kepada mana-mana individu sebagai kafir dalam mana-mana ceramah atau ucapan.

Apa yang PAS jelaskan ialah batas-batas iman dan kufur yang menjadi sebahagian daripada silibus pengajian aqidah.

Oleh itu, fitnah Rahim Noor yang bersifat peribadi kepada Tuan Guru Nik Aziz sebagai seorang ulamak dan Mursyidul Am Parti merupakan tuduhan yang melampaui batas.

PAS Pusat melalui Lujnah Guaman akan mengambil tindakan undang undang kepada Rahim Noor dan NST dalam masa terdekat.

Ucapan melampau sedemikian tidak boleh disuburkan sebagai budaya di negara kita. Ahli-ahli PAS diseru fokus pada kerja pilihanraya kerana ini sebahagian mainan media untuk mengalihkan fokus utama kita, di saat menjelang PRU ke 13.

 

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat


Tuesday, May 8, 2012

Radzi bersama YB Dr Lee membantu mangsa ribut Sungai Rokam

Radzi bersama YB Dr Lee membantu mangsa ribut Sungai Rokam

Sungai Rokam-8 Mei 2012

Mangsa ribut di Sungai Rokam Saudara Mohd Rashid Bin Zainal Abidin akan mendapat bantuan awal kos membaiki siling rumahnya sebanyak RM RM 2700 yang akan disumbang oleh Ahli Parlimen Gopeng YB Dr Lee Boon Chye.
YB Dr Lee yang hadir bersama Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat (PAS) DUN Sungai Rapat pada jam 5 petang tadi berjaya meninjau dan mengenalpasti kerugian akibat ribut pada ahad lalu 6 Mei 2012. Pada jam 2 pagi keesokan harinya juga ribut sekali lagi menerbangkan 10 keping siling rumah Mohd Rashid.
Sebelum ini YB Dato’ hamidah ada hadir menjenguk ke rumah mangsa pada 7 Mei  namun tiada kata putus dan janji bantuan yang dinyatakan oleh YB Dato’ Hamidah.
Radzi Zainon juga menyumbangkan RM 100 melalui Pusat Khidmat beliau untuk sewa khemah bagi membantu mangsa sementara operasi penyelengaaran dilakukan.

UNIT MEDIA Sungai Rapat

Radzi pesan PAS perlu berani hadapi cabaran untuk menang

Radzi pesan PAS perlu berani hadapi cabaran untuk menang

Gopeng-6 Mei 2012
Konvensyen PAS Negeri Perak kali-16 berjaya diadakan di Hotel HillCity dengan jayanya. Terdapat banyak wacana dan penyatuan fikrah berjaya diadakan serta pembetulan fikrah yang mungkin masih menyelubungi petugas PAS (amilin) sebelum menghadapi cabaran PRU-ke-13 akan datang.
Radzi Zainon yang telah mewakili PAS Gopeng untuk berucap ada memberi beberapa pesanan untuk semua petugas yang hadir.
Antara kupasan menarik dalam ucapan beliau adalah pentingnya petugas PAS memahami senario kegersangan jiwa dan hati kaum melayu yang menjadi sasaran kempen dan dakwah PAS menjelang pilihanraya akan datang.
Masalah utama orang melayu selain isu ekonomi dan sosio-budayanya, orang melayu mengalami krisis kurang kefahaman beragama. Kekurangan kefahaman inilah yang menyebabkan mereka salah membuat percaturan hidup serta memilih arah untuk menentukan masa depan negara dan negerinya sendiri.
Pas yang bercita-cita tinggi untuk menawan Putrajaya dan Bangunan Perak melalui kerjasama Pakatan Rakyat juga perlu bersedia untuk menempuh cabaran yang tinggi dan mendesak. Hal ini memerlukan persiapan mental, tarbiah dan kefahaman ahli untuk menyelesaikan permasalahan dan persiapan menghadapi masalah selepas kemenangan atau kekalahan kelak.
Radzi juga mengulas ucapan perwakilan yang kelihatan menghentam dan menyalahkan DHPP yang kelihatan menjadi ‘ustaz’ atau mengajar orang Melayu tentang Islam. Perwakilan ada yang mengatakan isu sensitiviti orang melayu perlu dilihat kerana sikap DHPP yang kelihatan cuba mengajar dalam beberapa hal. Menurut Radzi, selaku ahli PAS yang menganut Islam perlulah memahami hakikat dan keadaan sebenar DHPP.
Radzi mengingatkan bahawa DHPP perlu diasuh, ditarbiah dan diberi ‘training khas’ dan bukannya dihentam dan dipersalahkan. Disaping mereka bukan penganut islam, mereka jugta adalah ahli bersekutu yang masih baru bertunas dalam PAS. Perkara remeh sebegini perlu diperhalusi dan diperbetulkan sebelum kita layak untuk memerintah negeri atau negara.

Muhammad Nuruddin Bashah
UNIT MEDIA Sungai Rapat

Radzi Zainon mendapat sambutan anak-anak muda Pengkalan Gate

Radzi Zainon mendapat sambutan anak-anak muda Pengkalan Gate 

Pengkalan gate Tambahan-5 Mei 2012

Majlis Santai Pemuda PAS bersama anak Muda Kampung Pengkalan Gate Berjaya diadakan dengan meriah sekali. Majlis yang dianjurkan kerjasama antara UPU Pengkalan Gate bersama Dewan Pemuda PAS Gopeng telah berjaya menarik hampir 60 orang anak muda yang berada di sekitar kampung berkenaan dan Lahat Baru.
Tanpa kerjasama beberapa pemuda asal kampung ini yang sanggup menginfaq kawasan rumahnya sebagai tapak promram serta pengaruh mereka yang berjaya menarik kehadira anak muda, program ini tidak dapat direalisasikan” ulas saudara Shamsuri ajk UPU Pengkalan gate yang menjadi tulang belakang beberapa aktiviti anak muda di kampung berkenaan.
Anak-anak muda yang hadir malam itu dihidangkan dengan ayam bakar dan sosej hasil sumbangan penduduk kampung Pengkalan Gate Tambahan sendiri. Malah yang lebih bermakna, para anak muda dihidangkan dengan tayangan video ceramah Ustaz  Idrus dan Video BERSIH 3.0 yang berjaya membuka minda kesedaran mereka.
Menurut Saudara Radzi Zainon selaku Timbalan YDP PAS Kawasan Gopeng yang turut bersantai bersama anak muda hingga 12 malam, anak muda yang ahdir ini kelihatan mula inginkan maklumat alternatif dan kefahaman baru berbanding maklumat konvensional yang mereka perolehi melalui media pro-kerajaan akhbar ataupun televisyen. Beberapa anak muda yang pernah membantu UMNO pada PRU 2008 juga hadir menandakan suatu senario perubahan mood anak muda untuk bersama Pakatan Rakyat dan PAS membuka lembaran baru pentadbiran negeri Perak.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD  Sg Rapat

Thursday, May 3, 2012

Tuntutan Dong Zong perlu ditangani dengan bijak

Tuntutan Dong Zong perlu ditangani dengan bijak
Gopeng- 3 Mei 2012, Pemimpin negara yang berasaskan perkauman akan menghadapi cabaran dan masalah besar setiap kali menangani isu perkauman yang tercetus di kalangan rakyatnya sendiri. Inilah petaka dan bala akibat memakai fahaman perkauman sebagai asas pembinaan negara.
Dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Perak 2012 yang diadakan di Dewan Persatuan Bulan Sabit Merah Perak 1 Mei 2012 yang lalu,  wakil Dong Zong (Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia ) telah membentangkan secara panjang lebar beberapa bukti penafian hak SJKC dan SJKT oleh kerajaan Pusat. 


Menurut Penyelia Pusat Khidmat  Masyarakat (PAS) DUN Sungai Rapat, Saudara Radzi Zainon, kerajaan melalui Kementerian Pelajaran perlu bijak menangani isu kepentingan dan tuntutan Dong Zong serta mana-mana persatuan yang mewakili pendidikan vernakular. 
“ Umpama menarik rambut dalam tepung, begitulah juga cara kerajaan perlu untuk menerapkan teras bahasa kebangsaan, dasar kebangsaan dan penerapan nilai negara dalam sistem pendidikan vernakular negara kita, hal ini jelas kerana insan yang mendokong pendidikan vernakular adalah juga manusia biasa, yang telah lama menjunjung tradisi dan budaya bangsa mereka, adalah tidak adil jika suara mereka dilayan dengan labelan rasis dan perkauman melampau seperti yang selalu tertera dalam media cetak kerajaan”, ulas Radzi semasa ditemui oleh Unit Penerangan MTD Sungai Rapat.
Menyorot berita yang disiar dalam Berita Harian 13 April 2012, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyelar Dong Zong sebagai pelontar  pembohongan besar kerana menurut beliau kerajaan BN telah  memperuntukkan purata RM2.24 juta setahun untuk setiap SJKC, SJKT (RM1.99 juta) dan sekolah kebangsaan, RM2.26 juta semasa beliau mengadakan pertemuan bersama kira-kira 1,000 guru SJKC dan SJKT di sini dalam siri program tinjauan susulan jelajah ‘Nurani Rakyat’.
Tambah Muhyiddin lagi 30 buah SRJK Cina menerima peruntukan RM5.28 juta manakala 37 buah SRJK Tamil pula  mendapat RM21 juta. Peruntukan itu adalah daripada tabung RM100 juta yang diluluskan dalam Belanjawan 2012. 
“ Dialog muhibbah perlu dilakukan malah ia perlu dilakukan secara serius dan dipantau secara serius untuk mengenalpasti skeptikal sekolah vernakular terhadap arahan kementerian untuk menyelaras buku teks dalam bahasa kebangsaan, mereka gusar akan keterhakisan bahasa ibunda mereka, jadi kerajaan perlu susun bagaimana penggunaan bahasa ibunda mereka tidak terhakis dalam teks pelajaran selain bahasa Mandarin samada diselitkan sebagai dwi bahasa atau berasingan seperti teks Bahasa Inggeris untuk Sains dan Teknologi”, tambah Radzi lagi.
Dalam hal ini adakah kenyataan  Muhyiddin bahawa kerajaan memang telah menyalurkan bantuan itu benar atau tidak sampai hingga ke akar umbi? Hal ini masih kabur kerana Dong Zong masih menjalankan dana khas dan masih menagih derma untuk membangunkan prasarana dan pembangunan pelajaran mereka. Sebenarnya jika hal sebegini berlarutan, ia jelas akan mengurangkan kebergantungan sekolah vernakular terhadap kerajaan dan akan menghasilkan hubungan dingin yang berlarutan antara kementerian pelajaran dengan rangkaian sekolah vernakular.
Penerapan misi kebangsaan dan nilai kebangsaan tidak akan berjaya jika teori seumpama komunisme yang menggasak rakyat untuk menerima nilai kebangsaan dilaksanakan. Ia adalah suatu pemupukan manusiawi yang pelru dilakukan secara seni dan konsisten.
Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sungai Rapat

Wednesday, May 2, 2012

NGO kini senjata menakutkan regim UMNO


NGO kini senjata menakutkan regim UMNO
Fenomena menghimpun rakyat seramai 250 000 orang tanpa sebarang bayaran dan umpan duniawi baru-baru ini cukup memberi tamparan hebat kepada BN dan medianya sehingga perkara picisan seperti pekikan Allahuakhbar dan Reformasi dipertikaikan sepanjang himpunan rakyat tersebut berlaku.

Chandra Muzaffar
Chandra Muzaffar
Chandra Muzaffar

Presiden JUST

Media pro BN, media sosial dan blogger BN sibuk mengaitkan NGO-NGO yang membangunkan BERSIH 3.0 sebagai neo-kolonial negara asing walaupun tuduhan itu langsung tidak berasas dan bernada paranoid dengan bayang-bayang dosa korupsi sendiri. Tuduhan NGO yang giat mempertahan keadilan dan menjalankan agenda bongkar dan dedah secara konsisten beberapa tahun kebelakangan ini telah cukup mencemaskan pemimpin UMNO –BN. Lebih terdesak, mereka terpaksa menggunakan Dr Chandra Muzaffar sebagai lidah alternatf mereka untuk menghentam NGO-NGO yang ‘istiqamah’ tersebut dengan nama Dr Chandra sendiri selaku Presiden NGO JUST.
Sebelum ini Dr Chandra telah mengeluar kenyataan tanpa fakta tersebut dalam Berita Harian bertarikh 15 April 2012 yang disokong juga oleh seorang bekas pemimpin PKR yang dibeli oleh UMNO iaitu bekas timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang mengatakan siasatan wajib dilakukan untuk mendedah mana parti politik atau NGO angg menerima dana asing untuk menumbangkan politik kerajaan yang sah.
Cakap-cakap murahan tanpa fakta ini tidak sepatutnya keluar dari lidah profesional dan cendekiawan seperti Dr Chandra Muzaffar yang mengaku memperjuangkan keadilan di peringkat antarabangsa.
Ramai menyedari paranoid ini berdegar-degar bukan sekadar akibat meletusnya kebangkitan rakyat pada 28 April yang lalu, tetapi kerana sikap konsisten SUARAM yang sedang berusaha mengheret Perdana Menteri ke muka pengadulan Perancis atas skandal komisyen kapal selam Scorpene yang berkaitan dengan Perdana Menteri semasa beliau menjawat jawatan Menteri Pertahanan sebelum ini.
Sikap media UMNO mencari-cari alasan dana asing yang konon disalur melalui NGO-NGO jelas cuba mengaloihkan perhatian rakyat daripada sebab musabab utama mengapa BERSIH terpaksa dilaksanakan sehingga 3 kali. Rakyat cuba dibutakan daripada fakta penipuan SPR, rakyat digelabkan hati daripada menyedari bahawa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR adalah ahli UMNO! Rakyat hanya diheret kepada rasa takut dan gentar terhadap penjajahan negara luar tanpa ada asas dan fakta. Tetapi percayalah, rakyat kini tidak lagi menerima ‘manderem’ UMNO dan medianya membuta tuli lagi. Rakyat juga boleh menilai nilai NGO-NGO yang ada di negara ini, dan tahu betapa tingginya jurang NGO-NGO perkauman emosional seperti PERKASA dan JATI berbanding SUARAM dan seangkatan dengannya.
Muhammad Nuruddin Bashah
UNIT PENERANGAN MTD SG RAPAT
                                                                                                                   

Lagu Jihad


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Renungan : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7